Monday, May 31, 2010

hantaran ~~


SEBELAS dulang berbalas 15 termasuk jam tangan Tag Heuer, kasut Stuart Weitzman atau paling tidak telefon bimbit terkini Nokia. Dewan meraikan pengantin dihadiri 1,000 jemputan, manakala kompang bergema mengiring mempelai bak Raja naik takhta.

Ada pertunjukan slaid mengiring jamuan makanan. Bercerita mengenai pertemuan pertama mempelai, kelulusan si pengantin dan pekerjaannya. Paling lucu, disebut juga perkahwinan itu dilangsungkan dengan wang hantaran RM20,000.

Setuju atau tidak, itulah warna warni perkahwinan orang Melayu dewasa ini. Segala-galanya mengenai status dan memancing kekaguman tetamu kepada pengantin dan keluarga. Alasannya, berkahwin sekali saja dalam hidup. Justeru, segala-galanya mesti hebat walaupun selepas majlis, pengantin dihambat hutang keliling pinggang.

Dengan senario itu mana mungkin majlis perkahwinan boleh berlangsung dengan belanja RM10,000? Paling tidak RM50,000. Jadi sesuai benarlah hantaran si pengantin perempuan RM20,000, itu pun tidak cukup menampung belanja majlis. Jadi, isu mengapa hantaran tinggi melangit sebenarnya sudah lama terjawab.

Pengarah Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya (UM), Prof Madya Datuk Dr Zainal Abidin Borhan, berkata wang hantaran yang mencecah puluhan ribu ringgit sebenarnya menggambarkan perubahan mentaliti dan status orang Melayu masa kini.

"Dulu kita tidak mendengar pun mengenai hantaran puluhan ribu. Paling tidak RM5,000, itu pun bukan semua. Kalau dalam satu kampung, ada anak dara yang jadi jururawat atau cikgu, hantarannya mesti lebih tinggi daripada anak dara yang kerja kampung.

"Hari ini pula keadaan itu berterusan. Apabila orang Melayu mencapai status yang lebih tinggi daripada kebiasaan, dia keluar dari kelompok biasa, dia berasakan nilai hantaran perlu mengikut kedudukannya itu," katanya.

Ini ditambah dengan faktor persekitaran misalnya isu ekonomi atau isu wang hantaran setempat (di mana pengantin itu tinggal) dan sebagainya.

"Majlis perkahwinan orang Melayu dahulu menerusi kata sepakat. Mesyuarat di masjid atau dewan. Apa kekurangan tuan rumah ditampung. Ada yang sedekah gula, beras, daging atau ayam. Bila tiba hari kenduri masing-masing tolong menolong," katanya.

Senario itu katanya seakan tidak wujud lagi hari ini kecuali di kampung. Bagaimanapun, di kampung juga semangat gotong-royong tidak begitu kental. Urusan masak memasak ada kalanya sudah diserahkan kepada katerer.

Di pekan apatah lagi, tinggal berjiran pun saling tidak mengenali. Justeru, apabila hendak melangsungkan kenduri kahwin, tiada siapa yang boleh diharapkan untuk menyelesaikan semua urusan. Paling mudah, mengupah pengurus perkahwinan untuk memastikan kelancaran majlis. Dari urusan dewan lokasi majlis berlangsung, hinggalah urusan mak andam dan jurugambar.

"Sekarang ini segala perkara memerlukan wang. Kalau hendak kahwin, soalan yang pertama ditanya, ada duitkah? Ia kerana majlis perkahwinan hari ini semuanya pakai duit. Dari membuat jamuan hingga kepada hal kecil seperti buah tangan untuk tetamu, selain upah mak andam dan jurugambar," katanya.

Bagi pihak perempuan, sumber wang untuk mengelolakan majlis perkahwinan itu selain tabungan atau pinjaman adalah wang hantaran.

Prof Madya Zainal berkata, wang hantaran inilah yang menanggung hampir sebahagian perbelanjaan perkahwinan.

Beliau berkata, sebenarnya wang hantaran tidak dinyatakan dalam agama, ia hanya sebahagian daripada adat masyarakat Melayu.

Justeru, katanya walaupun ramai yang beranggapan mas kahwin lebih penting dan hantaran itu hanya menyusahkan, ia sukar sekali untuk dibuang daripada masyarakat.

"Dari satu segi, ia kelihatan unik. Bagi masyarakat barat, perkahwinan itu hanya membabitkan si lelaki dan perempuan. Jadi ada yang buat di pulau persendirian atau kahwin sesama mereka. Namun, bagi orang Melayu perkahwinan adalah urusan keluarga dan ia perlu diuar-uarkan. Namun, dalam meletak wang hantaran ia memerlukan pertimbangan dan permuafakatan," katanya.

Prof Madya Zainal berkata, pada akhirnya persoalan timbul apakah yang dimahukan daripada perkahwinan itu - inginkan anak hidup berbahagia atau mahu menunjukkan status dan menimbulkan kekaguman tetamu hingga perlu berhutang.

"Menghapuskan hantaran bukan mudah kerana ia soal adat. Di Pantai Timur, mungkin isu hantaran ini bukan isu besar kerana mungkin sudah diselaraskan sejak dulu apabila hantaran dimasukkan dalam mas kahwin," katanya.

Beliau berkata, dalam masyarakat Melayu, aspek adat boleh berubah atas dasar muafakat dan dalam hubungan menetapkan nilai hantaran, kedua-dua keluarga perlu berbincang.

"Dalam tempoh 30 hingga 50 tahun lalu, hantaran adalah soal kecil kerana kenduri kahwin yang diadakan mendapat bantuan seluruh penduduk kampung. Selain tenaga, penduduk kampung juga membantu mencukupkan apa yang kurang," katanya.

Katanya, pada masa sekarang ada persepsi baru mengenai hantaran, namun ia masih boleh diperbincangkan. Contoh, apabila pihak perempuan meletak harga, lelaki boleh berunding dan tawar menawar.

Dalam soal tawar menawar, ada juga ahli masyarakat yang tidak suka nilai hantaran itu ditawar kerana tindakan itu kata mereka seperti membeli ikan di pasar. Bagaimanapun, apabila tiba isu meletakkan nilai hantaran pula, mereka mendakwa tindakan itu diambil selepas mengambil kira kos kenaikan harga barang walaupun anak mereka boleh dianggap sebagai bahan komoditi.

Justeru, apa yang utama dalam isu hantaran yang tinggi ini ialah ia perlu dibincangkan secara terbuka kerana masalah itu bukan hanya membabitkan isu keluarga tertentu. Ini penting kerana jika nilai hantaran yang tinggi itu menjadi semakin tinggi mengikut pasaran semasa, ia boleh menyebabkan ramai lelaki dan perempuan bujang memilih untuk berkahwin pada usia lewat.

AL-KISAH NYE....!!


Emak si Minah : "Yerlah... anak saya blajar lulus universiti.... tak nak
bilang baper... tapi biar lah patut-patut.... selalunya yang belajar
tinggi dalam lingkungan 15 Ribu.... tapi ini lah satu satunya anak pompan
saya.... harap harap paham jerlah~"

Emak si Mat : "Saya paham maksud awak.... tapi saya harap awak pun paham lah yer... kalau terlampau tinggi harus ditangguhkan nanti... biarlah dicepatkan biar jauh dari maksiat..."

Emak si Minah : "Kalau awak tak mampu... Anak saya nie bukan tak laku...
ada banyak lagi yang tunggu...... dah lah harga rendah.... nak cepat pulak
tuh... apa nanti orang cakap..."

Mat : "Yerlah makcik... Makcik nie jual anak ke kereta? Takda macam
gini.... SEKARANG jugak saya DOWNPAYMENT 3 Ribu... Saya bawak balik anak makcik.... Malam nie saya TEST DRIVE DULU SEMUA.... kalau dalam semua BAIK.... Jangan cakap 15 RIbu 20 Ribu pun saya letak... tapi kalau dah LEMAU, ENJIN PUN TAK BAGUS tuh anak makcik DENGAN DEPOSIT DEPOSIT semua MAKCIK boleh simpan

Sunday, May 30, 2010

Cikgu n Murid

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?.. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh. Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya.. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan please cuba teruskan perhubungan tersebut walaupunper banyak kara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas...

Sunday, May 16, 2010

~kembara mencari 1 jawapan ~~

Suatu yang indah
Ceritanya bermula semalam
Andainya dapat ku rasa selamanya

Tetapi ku takut tidak mungkin dapat ku miliki
Walaupun kau hadir hanya dalam mimpi

Ku teruskan hidup
Hari demi hari pun berlalu
Seksa dan derita ku tanggung sendiri

Apa yang tinggal hanyalah
Doaku padamu Tuhan
Pasrahku hanya kamu yang menentukan

Pun tak pernah ku sesalkan
Kecewa datang dan pergi
Tinggalku sendiri
Ditakdirkan aku syukur selalu
Sesungguhnya aku tahu
Temanku hanyalah aku

Semoga suatu hari nanti
Dapat ku temui
Penawar dukaku yang berdarah luka
Pabila bertemu pasti aku suarakan rindu
Laguku untukmu buat selamanya

letih....

wahhh...lame sungguh aku tidak upate blog ini...terlalu bz dan telalu byk masalah negara aku perlu selesaikan...hahha..so sangat letih la skrg ni...ok..kite start story ler...tak mau bebel byk2 sebagai into nye...


::(luahan hati seorang anak)::

wahai ibuku...aku amat sayang padamu..sesungguhnya aku hanya ade kamu...aku telah byk menyusahkan hidupmu wahai ibuku...
aku tidak dapat membanggakan kamu setelah aku tamat pelajaran ku..
aku berasa amat bersalah dgn mu ibu..
aku tidak dapat membalas jasamu itu..
aku harap dgn pengorbanan ku disisi mu selama ini dapat mengurangkan kesukaranmu..
kdgkala aku begitu cemburu melihat kejayaan kawan2 ku yang berkerjaya..
sdgkan aku masih di kg..dah tidak mempunyai kerjaya yang ttp yang boleh dibanggakan oleh ibu
aku ingin sekali pergi mencari pekerjaan yang layak dgn aku..
tapi bg ku, kau amat penting..
aku tindak akan meninggalkan mu...
ini adalah tanggjwbku setelah abah dan abg meninggalkan kite sekeluraga,,
aku tahu ibu..
kau amat memerlukan aku..
segala urusan dari yang kecil hingga besar kau akan rujuk kepadaku..
biarlah org kate aper pun ttg ku..
asalkan selagi kau hidup, akan aku jaga ibu sebaik2nye sehingga hujung nafasku..
hanya kau saje yang aku ade..
aku tak nak persiakan kamu..
aku tak nak menyesal suatu hari nanti bile kau sudah tiada kelak..
aku amat rase bersalah kerana aku tidak dapat membalas jasa abah..

maafkan aku ibu ..jika aku terkasar dgnmu..
jika aku memberontak..
aku tidak dapat mengawal emosi..
dan aku benar2 takut jika ade org lain menjadi pengganti abah..
hati aku semakin meberontak..
aku tidak suke..
secara zahirnya saje ibu, aku melayan perbualan mu itu dgn sebuah senyuman..
tapi hakikatnye aku gundah...aku sakt..aku pedih..dan aku penat..
aku letih..


::(luahan hati kakak)::

wahai adik2 ku..
kau sudah dewasa...
sudah besar...dan mampu melakukan perkara itu sendiri..
aku ingin melihat adik2 ku berjaya..
aku ingin melihat adik2 ku berdikari..
tapi kenape adik2 ku masih jugak, kau berharap padaku walaupun masalah itu kecil..
kenape masih kamu takut untuk melakukan sesuatu urusan
dan mengharapkan aku melakukan nye untukmu..
wahai adik2 ku..
tidak kah kau jugak patut membantu aku...
aku letih..
aku penat..
kau sudah dewasa...
kau seorang lelaki..
walaupun aku kakak..
tapi kau jugak sepattnye membantu aku meringankan semua bebanan ku...
aku tidak larat wahai adik2ku..
memenuhi kehendak kamu dan ibu dalam satu mase..
adik2 ku sekalian...
segala masalah,.. ibu akan rujuk padeku..
aku akn buat keputusan untuk ibu..
jadi jgn la kamu buat ibu gundah gulana..
dan aku benar2 mengharap adik2 ku..
jika ibu menghrapkan pertolongan yang kecil ..
bantu la ibu..
sekurang2nya kau dapat mengurangkan bebanan ku..
aku letih wahai adik2ku..
segala urusan rumah..hanya aku saje menguruskan..
mane taggjawab kamu wahai adik2 ku..
kasihani la aku..


::(luahan hati seorang kawan)::

dimana kamu ketika aku memerlukan kamu ketika susah..
kamu sudah bahagia dgn pasangan masing2..
maka tinggal lah aku seorang di kg..

kamu semua sudah melupakan aku..
aku tiada tempat untuk meluahkan masalah aku..
mungkin kamu sibuk menguruskan hal masing2..
tapi aku tidak kisah..
mungkin ketika kamu ade masalah..
kamu mencari ku..
aku masih sudi mendengr masalah kamu..
dan aku ingin sangat masalah kamu dapat diselesaikan secepatnye,,

wahai kawan2ku..
saat ini aku letih..
aku ingin keluar bergembira bersamamu ..
walaupun dapat sekejap sahaja...

tapi tak mengapapalah kawan2 ku..
biarlah aku melihat kamu gembira dari melihat kamu sengsara...
aku mendoakan kamu bahagia selamanya..

::(luahan hati seorang wanita)::

kite berkenalan..
kite bertemu...
kite berkawan..
kite berkasih..
tapi cinta masih tiada dalam hati sang wanita..
cinta tidak boleh dipaksa..
cinta hanya boleh di pupuk..

wahai sang lelaki..
jgn la kamu terlalu menggesa wanita itu untuk menerima kamu..
wanita itu sedang mencube menerima kamu di dalam hatinye..
tapi aper yang wanita itu rasekan ialah kosong..
wanita itu ingin sangat menghargai cinta kamu..
tidak mahu melihat sang laki kecewa..
tidak mahu melihat sang laki mengharap,..
tidak mahu memberi harapan palsu kepada kamu sang laki..

wahai sang laki,,
hadirkan la dirimu
pada wanita itu ketika dia susah...
berikn dia kenangan yang terindah supaya cinta itu muncul semula dalam hati wanita itu..
cinta dalam hati wanita itu telah lame mati
suburkan lah cinta dalam hati wanita itu dgn kenangan yang terindah..

biar wanita itu mengenal erti cinta semula..
bukan cinta paksaan..
bukan cinta simpati..
tapi cinta yang ikhlas dari hati..

sang lelaki..
kau silap membuat keputusan dimana kau meminta sang wanita memikirkan aper yang dirase..
ia tak kan mengubah aper pun..
jika hati wanita itu rase kosong .. dan jika wanita itu rase tiada cinta lagi dalam hati..
maka itu lah jawapannye...
wanita itu tidak memerlukan mase seminggu, sebulan atau setahun..
kerana pasti jwapan itu ttp same..
dan mungkin wanita itu tak kan muncul lagi dalam hidup kamu wahai sang laki..
byk lagi tggjwab wanita itu..
bukan hanya kamu dalam kehidupanye..

sang wanita berharap sang lelaki lebih memahami..
bukan mementingkan cinta dalam hati sang lelaki..
bukan sume cinta sperti adamaya..

Friday, May 14, 2010

hai...hai..hai

lama dh x update....
jom dgr lagu best..



Menghitung hari detik demi detik
menunggu itukan menjemukan
tapi ku sabar menanti jawab mu
jawab cintamu
Jangan kau beri harapan pada ku
seperti ingin tapi tak ingin
yang aku minta tulus hati mu
bukan pura-pura
jangan pergi dari cintaku
biar saja tetap dengan ku
biar semua tau adanya
dirimu memang punya ku

Belum pernah ku jatuh cinta
sekeras ini seperti padamu
jangan sebut aku lelaki
bila tak bisa dapatkan engkau
jgn sebut aku lelaki