Monday, May 31, 2010

hantaran ~~


SEBELAS dulang berbalas 15 termasuk jam tangan Tag Heuer, kasut Stuart Weitzman atau paling tidak telefon bimbit terkini Nokia. Dewan meraikan pengantin dihadiri 1,000 jemputan, manakala kompang bergema mengiring mempelai bak Raja naik takhta.

Ada pertunjukan slaid mengiring jamuan makanan. Bercerita mengenai pertemuan pertama mempelai, kelulusan si pengantin dan pekerjaannya. Paling lucu, disebut juga perkahwinan itu dilangsungkan dengan wang hantaran RM20,000.

Setuju atau tidak, itulah warna warni perkahwinan orang Melayu dewasa ini. Segala-galanya mengenai status dan memancing kekaguman tetamu kepada pengantin dan keluarga. Alasannya, berkahwin sekali saja dalam hidup. Justeru, segala-galanya mesti hebat walaupun selepas majlis, pengantin dihambat hutang keliling pinggang.

Dengan senario itu mana mungkin majlis perkahwinan boleh berlangsung dengan belanja RM10,000? Paling tidak RM50,000. Jadi sesuai benarlah hantaran si pengantin perempuan RM20,000, itu pun tidak cukup menampung belanja majlis. Jadi, isu mengapa hantaran tinggi melangit sebenarnya sudah lama terjawab.

Pengarah Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya (UM), Prof Madya Datuk Dr Zainal Abidin Borhan, berkata wang hantaran yang mencecah puluhan ribu ringgit sebenarnya menggambarkan perubahan mentaliti dan status orang Melayu masa kini.

"Dulu kita tidak mendengar pun mengenai hantaran puluhan ribu. Paling tidak RM5,000, itu pun bukan semua. Kalau dalam satu kampung, ada anak dara yang jadi jururawat atau cikgu, hantarannya mesti lebih tinggi daripada anak dara yang kerja kampung.

"Hari ini pula keadaan itu berterusan. Apabila orang Melayu mencapai status yang lebih tinggi daripada kebiasaan, dia keluar dari kelompok biasa, dia berasakan nilai hantaran perlu mengikut kedudukannya itu," katanya.

Ini ditambah dengan faktor persekitaran misalnya isu ekonomi atau isu wang hantaran setempat (di mana pengantin itu tinggal) dan sebagainya.

"Majlis perkahwinan orang Melayu dahulu menerusi kata sepakat. Mesyuarat di masjid atau dewan. Apa kekurangan tuan rumah ditampung. Ada yang sedekah gula, beras, daging atau ayam. Bila tiba hari kenduri masing-masing tolong menolong," katanya.

Senario itu katanya seakan tidak wujud lagi hari ini kecuali di kampung. Bagaimanapun, di kampung juga semangat gotong-royong tidak begitu kental. Urusan masak memasak ada kalanya sudah diserahkan kepada katerer.

Di pekan apatah lagi, tinggal berjiran pun saling tidak mengenali. Justeru, apabila hendak melangsungkan kenduri kahwin, tiada siapa yang boleh diharapkan untuk menyelesaikan semua urusan. Paling mudah, mengupah pengurus perkahwinan untuk memastikan kelancaran majlis. Dari urusan dewan lokasi majlis berlangsung, hinggalah urusan mak andam dan jurugambar.

"Sekarang ini segala perkara memerlukan wang. Kalau hendak kahwin, soalan yang pertama ditanya, ada duitkah? Ia kerana majlis perkahwinan hari ini semuanya pakai duit. Dari membuat jamuan hingga kepada hal kecil seperti buah tangan untuk tetamu, selain upah mak andam dan jurugambar," katanya.

Bagi pihak perempuan, sumber wang untuk mengelolakan majlis perkahwinan itu selain tabungan atau pinjaman adalah wang hantaran.

Prof Madya Zainal berkata, wang hantaran inilah yang menanggung hampir sebahagian perbelanjaan perkahwinan.

Beliau berkata, sebenarnya wang hantaran tidak dinyatakan dalam agama, ia hanya sebahagian daripada adat masyarakat Melayu.

Justeru, katanya walaupun ramai yang beranggapan mas kahwin lebih penting dan hantaran itu hanya menyusahkan, ia sukar sekali untuk dibuang daripada masyarakat.

"Dari satu segi, ia kelihatan unik. Bagi masyarakat barat, perkahwinan itu hanya membabitkan si lelaki dan perempuan. Jadi ada yang buat di pulau persendirian atau kahwin sesama mereka. Namun, bagi orang Melayu perkahwinan adalah urusan keluarga dan ia perlu diuar-uarkan. Namun, dalam meletak wang hantaran ia memerlukan pertimbangan dan permuafakatan," katanya.

Prof Madya Zainal berkata, pada akhirnya persoalan timbul apakah yang dimahukan daripada perkahwinan itu - inginkan anak hidup berbahagia atau mahu menunjukkan status dan menimbulkan kekaguman tetamu hingga perlu berhutang.

"Menghapuskan hantaran bukan mudah kerana ia soal adat. Di Pantai Timur, mungkin isu hantaran ini bukan isu besar kerana mungkin sudah diselaraskan sejak dulu apabila hantaran dimasukkan dalam mas kahwin," katanya.

Beliau berkata, dalam masyarakat Melayu, aspek adat boleh berubah atas dasar muafakat dan dalam hubungan menetapkan nilai hantaran, kedua-dua keluarga perlu berbincang.

"Dalam tempoh 30 hingga 50 tahun lalu, hantaran adalah soal kecil kerana kenduri kahwin yang diadakan mendapat bantuan seluruh penduduk kampung. Selain tenaga, penduduk kampung juga membantu mencukupkan apa yang kurang," katanya.

Katanya, pada masa sekarang ada persepsi baru mengenai hantaran, namun ia masih boleh diperbincangkan. Contoh, apabila pihak perempuan meletak harga, lelaki boleh berunding dan tawar menawar.

Dalam soal tawar menawar, ada juga ahli masyarakat yang tidak suka nilai hantaran itu ditawar kerana tindakan itu kata mereka seperti membeli ikan di pasar. Bagaimanapun, apabila tiba isu meletakkan nilai hantaran pula, mereka mendakwa tindakan itu diambil selepas mengambil kira kos kenaikan harga barang walaupun anak mereka boleh dianggap sebagai bahan komoditi.

Justeru, apa yang utama dalam isu hantaran yang tinggi ini ialah ia perlu dibincangkan secara terbuka kerana masalah itu bukan hanya membabitkan isu keluarga tertentu. Ini penting kerana jika nilai hantaran yang tinggi itu menjadi semakin tinggi mengikut pasaran semasa, ia boleh menyebabkan ramai lelaki dan perempuan bujang memilih untuk berkahwin pada usia lewat.

AL-KISAH NYE....!!


Emak si Minah : "Yerlah... anak saya blajar lulus universiti.... tak nak
bilang baper... tapi biar lah patut-patut.... selalunya yang belajar
tinggi dalam lingkungan 15 Ribu.... tapi ini lah satu satunya anak pompan
saya.... harap harap paham jerlah~"

Emak si Mat : "Saya paham maksud awak.... tapi saya harap awak pun paham lah yer... kalau terlampau tinggi harus ditangguhkan nanti... biarlah dicepatkan biar jauh dari maksiat..."

Emak si Minah : "Kalau awak tak mampu... Anak saya nie bukan tak laku...
ada banyak lagi yang tunggu...... dah lah harga rendah.... nak cepat pulak
tuh... apa nanti orang cakap..."

Mat : "Yerlah makcik... Makcik nie jual anak ke kereta? Takda macam
gini.... SEKARANG jugak saya DOWNPAYMENT 3 Ribu... Saya bawak balik anak makcik.... Malam nie saya TEST DRIVE DULU SEMUA.... kalau dalam semua BAIK.... Jangan cakap 15 RIbu 20 Ribu pun saya letak... tapi kalau dah LEMAU, ENJIN PUN TAK BAGUS tuh anak makcik DENGAN DEPOSIT DEPOSIT semua MAKCIK boleh simpan

No comments:

Post a Comment