Thursday, January 19, 2012

belajar minum susu

balik kerja terus ke hhe..
lepak kat ofis kak mai..
hmm...cerite bab susu..
dia cakap susu dutch lady tu sedapp..
tapi susu HL lg sedap..
saya plak cakap...eee...susu tu sume tak sedap..
walaupun tak pernah pun minum susu tu..
saya tahu susu itu tidak sedap..
tapi oleh kerana ingin tahu mcm mane rasenye..
kak mai berikan saya air kotak susu full cream dutch lady
kongsi bersama..
bagi mengelakkan saya akan termuntah..kak mai siap sediakan air mineral di hadapan saya..
1...2...3..
minum....

 sumber gambar : encik google

uweaakkkk..yearrkk..buweeaaakk..
dah macam2 la bunyi nak muntah keluar..
sampai terkeluar air mata saya..
cepat2 saya minum air mineral
hahha..saya rase saya lebih rela makan ubat dari minum susu..
boleh biru muka ni..
dah tua - tua mcm ni baru nak belajar minum susu..
dulu mase kecik2 ... mmg liat nak minum susu kannn...

asal dapat susu jer buang..
saya sorang jer yang tak minum susu...
adik beradik lain sume hantu susu
saya???...
hehehhee.. =)
minum gak..tapi susu soya la..
huhuh...
ntah kenapa tetibe nak belajar minum susu..
tu pun sebab baru skrg fikir masa depan sendiri..saya nak biasakan minum susu..
harap2 berjaya..
well..u'll c..saya minum susu...
ada gak bgtau encik tunang...
saya nak belajar minum susu..
hehe..
banyak kali dah saya bgtahu bende ni..
agaknye dia dah bosan dengar kot,.
tapi buatnye harammm....
minum sikit tp sibuk nak buweaakk sane...
mcm org pregnant je kan,,huhuh...

alahai..dah start nguap..

(benggang)
encik tunang skrg berada di putrajaya bersama kekasihnya dahulu
dah mula dah perangai dia dulu ni..
ntah sape yang menghasut..
saya mmg tak suke kalau dia dah balik pada kekasihnye dulu..
kecewa..
saya ingat dia dah stop 
tapi masih lagi terikut2..
lagi membenggangkan bile..dia tak mesej saya..
bile di tanya baru dia bgtau..
benggang la kan..
at least bbgtahu la saya awal2..
boleh la saya terima..
lembut la hati saya ni jugak
geramm.....!!
sedih..!!
sakit hati..!!
baik2 nak bincang pasal event 21st ni..
dia plak buat spoil..
ntah ape yang bestnye dengan pancingnye tu pun saya tak tahu la..
lebih pentingkan alat pancing dr bgtau sy awal2 ttg dia nak pancing,
sabar je lah..
nasib baik dia dah mintak maaf..
lega la sikit..
huhu...
jangan lupe bawak ikan duyung ke..ikan dugong ke..
ni kalau mancing tak menang tak tahu la.
wish dia menang la..
boleh la saya pau..
ewah..ewah...tadi cakap tak suke encik tunang memancing..
sekrang ni dia plak yang over..
sbuk nak paw orang

saya pun dah ngantok..
so start hari ni...
saya mengisytiharkan bahawa saya akan belajr meminum susu..
huhuh...
goooodluck...hehehe

ngantok....

update status laju2..

1. ngantok
2. encik tunang memancing..
3. kosong..
4. konfius.
5 tidurrrr...




Wednesday, January 18, 2012

#1 | entry bodoh - bodoh hilangkan bosan

atually tak de point sebenarnya nak tulis entry ni..
tapi nak jugak update blog...rindu nak menaip..
sebenarnya ..hati tgh dalam keadaan baik - baik sahaja...
saya dan encik tunang dah berbaik semula..( mcm kes rujuk cerai la pulak)
means kami dah tak bergaduh
makan hari jugak la nak baik
dan akhirnya....akhirnya...akhirnya encik tunang mintak maaf
terima kasih sayangku...sbb turunkan ego awak tu..
saya tahu saya yang salah..tapi awak pun salah jugak kannnnnn..
KITA sama - sama salah ..
tapi saya dah mintak maaf..
awak jer yang lambat mintak maaf..
kalau awak minta maaf awal - awal...
terus jer saya maafkan awak..tak de gaduh2..
.
sedih tau kene marah...
tapi lagi sedih sbb awak tak pujuk saya,,,,,
jahat tau....penat tunggu...

nasib baik skrg dah baik..
kalau tak baik lagi..mesti saya update entry2 yang berkonsepkan air mata dan entry2 yang menyakitkan hati awak...

alahai..tetiba jer ngantok....mesti sambungan ngantok dari kat ofis tadi..
tapi  oleh kerana ngantok
so saya nak update status laju2..

okayy...so ari ni keje so far so good..
report yang bertimbun tu perlu disiapkan segera sebelum minggu depan..
rasenya mcm sempat kot...kot la kan..
lebih banyak berpoya di ofis dari bekerja..
tempahan baju untuk mak semakin banyak.
temankan ofis mate fitting baju pengantin
membuatkan hati tak sabar jugak nak kawen...
oh...sayang..bile kite nak kawen ni...
saya dah gatal - gatal ni nak pakai baju pengantin...
saya dah tak sabar nak jadi isteri misali untuk awak..wakakakk...(awak jangan gelak oke)
ahahhaha....giler la daya!!!!
then..
makan free kat kolej...kenyang perut
lepak dengan kak mai and noly..
makan free lagi...kenyang perut lagi..harap2 gemuk la saya...ahaks


 apa yang ada dalam otak saya sekarang ni :

1. nazli naim
2. rindu
3 sayang
4 cinta.
5. kerja
6.lapar.
7 mesej
8. perut bunyi irama dealova
9. duit.
10. kawen





jiwa romantik : saya ingin menjadi isteri awak sampai di penghujung nafas saya... saya mencintai awak kerana kejujuran awak.dengan hati yang ikhlas saya terima awak seadanya.

Saturday, January 14, 2012

Untuk Kamu Sayang

this song for u...especially for u...



Disini Untukmu

Saat kau dan aku tak bisa menahan gejola
Perbedaan semakin memisah antara kita
Tak seharusnya terjadi pertengkaran semalam
Bila kita bicara mengakhiri masalah
Ku terima dirimu apa pun adanya
Kerna diriku bukan seorang yang sempurna
Maafkanlah diriku bila telah membuat engkau terluka

Aku disini untukmu menjaga dirimu setiap waktu
Aku disini untukmu temani hari mu hingga berlalu
Aku inginkan dirimu bersama ku hingga hujung usiaku
Aku dan dirimu semoga selamanya
Bukalah hatimu tak perlu lagi engkau endah
Diriku mencuba tak mengulangi kesalahan
Tak adil bila diriku yang selalu mengalah
Kini saatnya akhiri semua perbedaan
Beginilah diriku apa pun adanya
Semoga dirimu terselalu menerimanya
Kerna hanya dirimu yang bisa membuat aku bertahan
Aku disini untukmu menjaga dirimu setiap waktu
Aku disini untukmu temani hari mu hingga berlalu
Aku inginkan dirimu bersama ku hingga hujung usiaku
Aku dan dirimu semoga selamanya
Aku disini untukmu menjaga dirimu setiap waktu
Aku disini untukmu temani hari mu hingga berlalu
Aku inginkan dirimu bersama ku hingga hujung usiaku
Aku dan dirimu semoga selamanya
Hanya dirimu yang selalu aku mahukan
Temani diriku hingga ke hujung usia





i love u

Rindu Pemberi Lagu ini

hanya tinggal kenangan
impian tak kesampaian..
rindunye saat itu...
lagu yang sering dia nyanyikan...
lagu yang sering saya dengar setiap kali rindukan dia..
dimana dia?
dia yang suka memujuk..
dia yang suka menyanyi..
dia yang suka mendengar marah,sedih dan gembira saya..
dia yang suka melayan karenah saya..
dia yang suka memaafkan saya..
dia yang suka menemani saya..
dia yang suka bergurau..
dia yang suka bagi kata2 indah..

dimanakah dia?

maafkan saya...Saya yang salah




Hanya pada mu

Hanya pada mu
Ku serahkan segalanya
Kau bertakhta di nurani
Anggun cinta mu abadi
Hanya pada mu
Pertama dan yang terakhir
Pohon cinta ku merendang
Disirami kasih suci

Jiwa ku dipalu gemersik tak terkira
Hampir ku terlena dalam belaian mu
Cinta mu selembut sutera menjadi saksi kasih ku
Tiada dua hanyalah satu kau yang ku cintai
Sekelumit cinta sekurun kerinduan
Ku rempuhi ranjau duka
Membara sehangat api
Terhapus sepi di hati ku
Seulas bibir mu kelu tidak berkata
Namun ada sesuatu
Nurbisa dari mata mu
Terpancar cinta yang sejati
Awan yang berarak saujana membiru
Cerahlah wajah mu di rimba sendu ku
Menjadi hamparan cinta suci

terluka disebabkan orang lain

istiharah


 Hari tu entry tentang doa mencari jodoh...
sekarang ni entry tentang Solat istiharah..
khas bagi mereka yang sukar dan ragu2 membuat pilihan..

cerita di bawah ini saya peroleh dari sumber : Kuasa Hebat Solat Istikharah Dalam Memilih Jodoh

 jom kite sama2 baca dan fahami cerita ini..

Pernah suatu ketika dahulu, seorang pengguna myJodoh berada di dalam dilema dalam membuat satu keputusan besar tentang masa depannya. Beliau pernah berkasih-kasihan dengan seorang jejaka (jejaka A) yang juga seorang pengguna laman web ini. Kasih mereka berdua tiba-tiba menghadapi situasi salah faham dan berakhir dengan kekecewaan.

Si gadis lalu membawa diri dan mencari kasih baru. Beliau bertemu dengan seorang jejaka baru di myJodoh (jejaka B) lalu berkenalan, bercinta, bertunang dan merancang saat perkahwinan.

Ketika itulah baru si gadis mula sedar segala konflik yang berlaku di antara jejaka Adan dirinya hanyalah berpunca daripada salah faham. Masing-masing mempunyai salah. Masing-masing memohon maaf. Namun bagi si gadis, beliau tidak lagi boleh berbuat apa-apa kerana dirinya telah menjadi tunangan orang.
Di dalam hatinya terdetik niat untuk memutuskan pertunangan dengan jejaka B, tetapi apakah salah jejaka B. Jejaka B baik dan telah menunjukkan kesungguhan. Semuanya ibarat kisah cinta di dalam novel-novel yang sering menjadi santapan minda di waktu kesunyian. Tidak beliau sangka situasi rekaan itu menjadi kenyataan di dalam dirinya. Cintanya sebenar pada jejaka A.

Apabila ditanya ibu bapa, mereka menyarankan agar meneruskan sahaja dengan jejaka B. Apabila ditanya diri sendiri, beliau ingin memutuskan sahaja. Hati beliau kini telah beralih semula kepada jejaka A. Jika tidak kerana agama dan adat, sudah tentu beliau melakukan apa sahaja yang terlintas di hati.
Apabila beliau meminta nasihat saya, saya juga menjadi buntu, tetapi saya mencadangkan beliau untuk berikstikharah di tengah malam sunyi.

Pada pagi hari itu, beliau ternanti-nanti petunjuk tuhan, menanti sesuatu untuk berlaku, menanti bisikan suara hati.

“Tak ada apa pun,” kata beliau kepada saya.

“Sabarlah dan buat lagi malam nanti.” Saya menyuruhnya mengulangi istikharahnya.

Di pagi kedua, beliau masih ternanti-nanti. Penantian membawa ke tengahari. Di tengahari beliau masih kebingungan. Kebingungan yang membawa hingga ke petang.

Inisiatif dan kesungguhan beliau memohon petunjuk Ilahi akhirnya mendatangkan ketenangan buat dirinya sendiri. Semua saat-saat memaksa diri untuk melawan kantuk itu berbaloi.

Hanya pada petang itu, barulah kebuntuannya hilang. Beliau mendapat pengakuan daripada jejaka B sendiri, sebenarnya jejaka B sudah berkeluarga.

Ini adalah sebuah kisah kehebatan istikharah..

ntah kenapa selepas saya baca cerita ini..
saya rasa risau,,,
tetiba rasa nak buat solat istiharah..
saya nak buat pilihan yang betul..

Moga Allah berikan saya pertunjuk dalam membuat pilihan.
saya percaya, sejauh mana kita merancang.
.kalau dia bukan jodoh kite, kita ttp tak akan bersama,

Ini adalah cara - cara membuat solat istiharah.

Bangun daripada tidur yang nyenyak pada tengah malam bukan perkara mudah untuk menunaikan solat sunat. Bagaimanapun, jika diketahui fadilat yang bakal diraih melalui amalan solat sunat ini pasti kita berjaya untuk melawan mata mengantuk. Cara Melakukan Solat Sunat Istikharah ialah sebaik-baiknya lakukan selepas jam 12 malam selama 3 hari berturut-turut dan mohon pada Allah apa yang mengganggu diri dalam membuat keputusan.

 Niatnya “Sahaja aku sembahyang sunat istikharah dua rakaat kerana Allah ta’ala”
- Dalam rakaat pertama selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Kafirun atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
- Dalam rakaat kedua selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Ikhlas atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.


Niat Solat Istikharah



Sengaja aku mengerjakan sembahyang istikharah dua rakaat kerana Allah Ta’ala
- Selepas memberi salam baca doa berikut (mulakan dengan basmalah dan selawat dahulu).

Doa Solat Istikharah





“Ya Allah, saya memohonkan pilihan menurut pengetahuanMu dan memohonkan penetapan dengan kesuasaanMu juga saya memohonkan kurniaMu yang besar, sebab sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui dan saya tidak mengetahui apa-apa. Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah, jikalau di dalam ilmuMu bahawa urusan saya ini……..baik untukku dalam agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, maka takdirkanlah untukku dan mudahkanlah serta berikanlah berkah kepadaku di dalamnya. Sebaliknya jikala di dalam ilmumu bahawa urusan ini buruk untukku, dalam agamaku, kehidupan serta akibat urusanku, maka jauhkanlah hal itu daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya serta takdirkanlah untukku yang baik-baik saja dimana saja adanya, kemudian puaskanlah hatiku dengan takdirMu itu.”
Niatnya “Sahaja aku sembahyang sunat istikharah dua rakaat kerana Allah ta’ala”

- Dalam rakaat pertama selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Kafirun atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
- Dalam rakaat kedua selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Ikhlas atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.


terlampau terluka.Sabarlah hati. terima kasih

Wednesday, January 11, 2012

DOA PERCEPATKAN JODOH

Semua orang tahu... yang jodoh ni Allah yang tentukan..betul tak?
jodoh, hidup, dan mati itu telah di tentukan..
siapa jodoh kite...kite pun tak tahu..

tapi jangan disebabkan semua itu ditentukan tuhan..
kite tidak perlu usaha...
ape pun keadaan walaupun telah ditakdirkan oleh tuhan kite harus berusaha..
jodoh tidak datang bergolek...

sebagai contoh..anda berminat dengan seorang wanita...
anda tak berusaha untuk mendapatkan wanita itu..
anda cume fikir bahawa jodoh itu Allah yang tentukan..
tapi jika wanita yang anda minat itu sebenarnya adalah jodoh anda..tapi anda tidak tahu..
anda tak berusaha untuk dapatkan wanita itu..
adakah anda dapat wanita itu?

jadilah berusaha la..jangan malas2...
manusia yang hidup di bumi Allah ini harus berusaha..

Jika tidak sampai bila2 pun anda tetap mmenjadi diri anda pada saat ini..
setiap orang mahukan perubahan..sentiasa ingin yang lebi baik..
oleh itu kita perlu usaha..
kita perlu positif..
kita perlu sentiasa pandang kehadapan..
dan  JANGAN.. badingkan siri sendiri dengan orang lain..
itu tidak bagus..

okey...
the point of the story is..
Actually saya terbaca majalah yang di pinjam oleh ibu saya..
dan saya berminat dengan 1 kolum tips ni..
mudah- mudah dapat digunakan oleh sekalian pengguna..

DOA DIPERCEPATKAN JODOH..

1. Amalkan membaca doa Nabi Zakariya A.S yang bermaksud :" Dan (ingatlah kisah) Zakariya, tatkala ia menyeru Tuhannya " Ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri dan Engkau adalah waris yang paling baik," (Surah al. Anbiya, ayat 89)

2. BAnyakkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W

3. Sentiasa berdoa agar dianugerah pasangan yang baik

4. Bacalah surah Yusof pada sebotol air yang bersih sebanyak 3 kali pada setiap malam Jumaat. Setelah itu, gunakan air tersebut untuk mandi pada 3 pagi berturut - turut dan diminum sebanyak 7 kali setiap hari selama 3 hari berturut - turut. Berdoalah agar Allah memakbulkannya.



amalkan. InsyaAllah dipermudahkan segala urusan..

Sunday, January 8, 2012

Hati wanita

wanita..

saya seorang wanita..
wanita yang mempunyai hati dan perasaan..

sedar atau tidak sedar..
kadangkala kite sendiri pun tak dapat nak memahami hati kita..
hati seorang wanita yang penuh dengan rahsia..

alkisahnya...dalam 3 4 jam yang lepas..
berlakulah pertengkaran antara saya dengan si tunang..
mmg sudah menjadi perkara wajib mungkin setiap sebulan sekali kami pasti akan bergaduh
ahaa..
yea..saya memang pelik kenapa kejadian seperti ini berlaku..
dan setelah saya membuat kajian..
saya rasa saya sedang menuju ke arah P.M.S aka "Datang Bulan"
dah mase ini lah pergolakkan hormon telah berlaku..
dan hati wanita gagah seperti saya tetibe menjadi hati tisu..
alahai...buat malu saja...!!

dan selalunye ketika ini lah ramai kaum wanita akan rase sensitif..
akan rase mcm nak marah2 n rase macam nak nangis..
TETAPI..
mereka nak marah tiada sebab..
nak nangis pula tiada alasan..
so untuk melegakan perasaan mereka yang rase mcm nak marah2 tu, nak nangis tu..
mereka akan cari pasal dengan kaum adam,..
ha...bijak kan kaum wanita..
melepas geram pada si adam...
time ni la si kaum adam kene berjaga2..
KERANA.
si wanita akan cari pasal..
cari gaduh..
sehingga hatinye merasa puas..
sekecil mane pun bende tu, wanita akan perbesar2kan..

itu lah wanita..

Dan itu lah yang terjadi pada saya setiap bulan..
kesiankan pada kaum adam..
kesiannye si tunang,
setiap bulan menjadi mangsa..

bulan lepas, siap pulangkan cincin tunang..
hmm...tak giler ke?
(mmg giler)
benda kecik jer kot sampai nak pulangkan cin2..
hahha....bile di fikirkan dalam fikiran saya yang waras sekarang ni..
rase kelakar pun ada..
rase nak cepuk kepala saya sendiri pun ade,,
ye la...putus tunang bukan perkara yang boleh di buat main..
tapi dalam keadaan saya mcm tu pun saya boleh buat main..
ahhh... wanita mmg penuh emosi..

dan bulan ini..
hanya kerana si tunang nak pergi main bola sepak..
saya terus merajuk..
merajuk kerana si tunang tak melayan cerita2 saya..
ape ke peliknye ..
 actually kalau saya dalam keadaan normal..tak de pun saya nak ambil hati sangat..
bende kecik saya boleh merajuk bagai...
ape lah  teruk sangat saya ni..

PENYELESAIAN.

untuk melegakan hati dan perasaan yang berkocak2..
hati yang sedang penuh rase dendam..
air mata yang tak sabar ingin keluar dari tempatnye,,
apa lagi..
keluarlah semua ayat2 yang penuh "seni" di hantar pada si tunang..
biasalah lelaki mmg penuh dengan ego..
mane nak kalah..

mesej di balas..
tanda dia di pihak yang benar..
(dalam keadaan yang waras saya mengaku si tunang memg di pihak yang benar)
akan tetapi di sebabkan hormon yang tengah gile2
saya jugak ingin menang...
lantas ayat2 yang kejam di hantar lagi...

adalah la dalam sejam lebih jugak bergaduh..
setelah air mata banyak keluar,,,
hati sudah lega bile air mata sudah mengalir..
ketidakpuasan hati pun sudah dikeluarkan dan ditujukan kepasa si tunang..
akhirnya...saya yang meminta maaf...

ini lah wanita...
wanita penuh dengan teka teki..

saya telah men"google" sesuatu
dan terjumpa page ini..
saya amat tertarik dengan tulisan beliau..
ade yang benar tulisan beliau..

jom baca page beliau 
(credit)

point yang saya betul2 tertarik:

1. Setuju atau tidak pertama wanita ini inginkan diri mereka dihargai? Inginkan kehadiran mereka itu disedari dalam hidup lelaki. Rasanya penghargaan itu bukanlah sebagai balasan untuk apa yang mereka lakukan, tapi lebih kepada sifat sayang itu sendiri. Jiwa wanita yang lembut dan selalu menyerlahkan kasih sayang, berbanding lelaki yang lebih menyerlahkan ego itu membuatkan mereka merasa segala-galanya perlu untuk disayangi. Menghargai rasanya tak perlu dengan kemewahan yang tinggi. Cukup dengan kita sentiasa berada disisi mereka dan buat mereka tahu bahawa kita ini sayangkan mereka. Tak silap aku dengan ucapan “terima kasih” itu pun memberi makna besar terhadap wanita. Lagi-lagi kalau yang cakap tu lelaki yang dia admire, wah! Eh,betul ke wahai perempuan sekalian? ;)
2.Perkara kedua dalam memahami wanita bila mereka berhadapan dengan masalah. Maksudnya,bila si dia berhadapan dengan masalah. Wanita tak sama dengan lelaki dalam menangani masalah. Wanita hanya perlukan tempat untuk dia bercerita ataupun dalam erti kata lain seseorang yang sedia mendengar keluhan hati dia. Dengar luahan wanita ni tak susah seperti yang dijangka sebabnya kita yang lelaki ini tak perlu susah payah fikirkan penyelesaian masalah mereka kerana itu tak diperlukan. Bila mereka meluahkan masalah dan kita memberi lebih banyak penyelesaian tanpa dipinta tu yang keluar ayat “awak tak pernah nak faham saya!”. Betul? Luangkan sedikit masa dengan mendengar apa yang mereka ingin katakan dan jangan pula tidur masa dia tengah bercerita. Itu memang makin perang lah jawabnya. Hahaha.. Dengar dan respon sepatah dua. Kenapa sepatah dua? Sebabnya bila perempuan ni dah buat luahan dia akan terus bercerita dan bercerita dan bercerita sampai dia rasa lega. 
Point yang kedua..saya betul2 setuju..
dan point yang kedua tu saya tujukan kepasa si tunang..

apa yang dituliskan benar2 belaka..
saya bergaduh dengan si tunang..
untuk menarik perhatian dia..
saya ingin dimanjakan..
saya ingin di pujuk..
saya ingin rase di sayangi..
dan saya perlukan seorang pendengar yang boleh memberi respond kepada saya
agar saya tahu awak berminat mendengar dan memahami saya..
tidak menyelesaikan masalah pun tidak ape..
as long as hati saya rase sudah mula tenang, rase selamat bile adenya awak untuk mendengar


 wanita mempunyai hati yang penuh dengan kasih sayang, hati yang luhur bersih dan suci, dan disebabkan wanita mempunya rase itu la, Allah seringkali mendengar doa2 dari kaum wanita. Untunglah wanita.. =)

Saturday, January 7, 2012

Bookmark this website, cause you'll definitely be hooked! #ChurpChurp, one of your fav sites.

Jome beramai jadikan burung comel in as ur fovourte sites..

comel la si churp..churpp

jgn lupe klik sini..

ttg churp..churp

Bookmark this website, cause you'll definitely be hooked! #ChurpChurp, one of your fav sites.

Jom memasak bersama Chef Hanieliza...memang Awesome giler

sape suke masak .????..angkat tangan ....

saya.....!

sape suke kumpul resepi..???? .angkat tangan...

Saya...!

sape suke makan???? ...angkat tangan

Saya,...!!!saya...!!!saya....!!

So sape2 yang suke masak, suke kumpul resepi dan suke makan 
boleh la ..
.Beli senaskhah “1 Hari 1 Resipi” dan rebut peluang memasak bersama Chef Hanieliza. #PTSPopular

jangan lepaskan peluang tau....



tak rajin masak, rajin makan pun ok...

Tuesday, January 3, 2012

Berdo’alah Ketika Bersedih

Untuk makluman, ini bukan entry saya ..
diharapkan artikel ini dapat memberi manfaat dan berguna kepada kite semua..


Jika kita merasa sedih kerana sesuatu menimpa kita seperti kehilangan harta, kesulitan mencari pekerjaan, kematian salah seorang keluarga kita, tidak mendapatkan sesuatu yang kita idam-idamkan, jodoh tidak kunjung datang ataupun yang lainnya, maka ucapkanlah do’a berikut yang diajarkan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam:
“Tidaklah seseorang ditimpa suatu kegundahan maupun kesedihan lalu dia berdo’a:

“Ya Allah, sesungguhnya saya adalah hamba-Mu, putera hamba lelaki-lelaki dan perempuan-perempuan Mu, , ubun-ubunku ada di Tangan-Mu, telah berlalu padaku hukum-Mu, adil pada ketentuan-Mu. Aku meminta kepada-Mu dengan seluruh Nama yang Engkau miliki, yang Engkau menamakannya untuk Diri-Mu atau yang Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhluk-Mu atau yang Engkau turunkan dalam kitab-Mu atau yang Engkau simpan dalam ilmu ghaib yang ada di sisi-Mu. Jadikanlah Al-Qur`an sebagai musim bunga (penyejuk) hatiku dan cahaya dadaku, pengusir kesedihanku serta penghilang kegundahanku.” melainkan akan Allah hilangkan kegundahan dan kesedihannya dan akan diganti dengan diberikan jalan keluar dan kegembiraan.” Tiba-tiba ada yang bertanya: “Ya Rasulullah, tidakkah kami ajarkan do’a ini (kepada orang lain)? Maka Rasulullah menjawab: “Bahkan selayaknya bagi siapa saja yang mendengarnya agar mengajarkannya (kepada yang lain).”



(HR. Ahmad no.3712 dari ‘Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu ‘anhu, dishahihkan Asy-Syaikh Al-Albaniy, Sheikh SyuĆ¢’aib al-Arnaouth menyatakan Isnadnya Dhaif)

Juga do’a berikut ini:

“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari gundah gulana, sedih, lemah, malas, kikir, penakut, belenggu hutang dan dari tekanan/penindasan orang lain.”
(HR. Al-Bukhariy 7/158 dari Anas radhiyallahu ‘anhu)

Dan kemudian saya tertarik dengan perenggan ini, saya pernah bace ayat ini.. tapi di ruangan majalah atau suratkhabar.. saya tak ingat.. tapi yang pastinye...akhirnye ayat ini saya dapat temukan jugak siap dengan hadis dan potongan ayat suci lagi..maknanye ape yang saya bace itu bukan lah penipuan..

Hendaklah Menjadi Orang Yang Memberi Pertolongan

Hendaklah bagi orang yang mempunyai kelebihan harta ataupun yang mempunyai kedudukan agar membantu saudaranya yang kurang mampu dan yang mengalami kesulitan.

Allah berfirman:

“Dan tolong-menolonglah kalian dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan. Dan bertakwalah kalian kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya.”
(Al-Maa`idah: 2)

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

“Barangsiapa menghilangkan satu kesusahan dari kesusahan-kesusahan dunia dari seorang mukmin, maka Allah akan hilangkan darinya satu kesusahan dari kesusahan-kesusahan hari kiamat. Dan barangsiapa yang memudahkan orang yang mengalami kesulitan maka Allah akan mudahkan baginya di dunia dan di akhirat. Dan barangsiapa yang menutupi aib seorang muslim, maka Allah akan tutupi aibnya di dunia dan akhirat. Dan Allah akan senantiasa menolong hamba selama hamba tersebut mahu menolong saudaranya.”

(HR. Muslim no.2699 dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu)


credit to http://nurjeehan.hadithuna.com/2007/02/indahnya-kesabaran/

HepPy New Year 2012

ehem..ehem...ehem...this is first entry in 2012...huhu


 

just wanna say heppy new year to all readers..
welcome 2012
and sayonara 2011


for this year and for the first time
i didn't make any wish...any hope neither any aim 
y?
because of...
every years.. i putting almost 3-10 wishes a year ..
but i just noticed that not all mmy wishess i fullfiled
im failed.
what ashamed..
so this year..
no wishes..
no target..
no aim...
just go through my happiness life..
enjoying.

and just remember 1 word

" i hope tomorrow always better then yesterday in my life"


semoga kehidupan menjadi teratur dan dipermudahkan oleh-Nya