Monday, August 13, 2012

Kesunyian


Terlukis sebuah senyuman pada bibir mungil dan wajah aku yang sentiasa ceria dan gembira. Galak aku berbicara dan bergurau-senda yang kadang kala mengundang cemburu di hati yang memandangku. Wah betapa beruntungnya si dia, nampak hidup bahagia dan ceria. Tapi sunyi dalam hati siapa yang tahu???Aku juga punya perasaan sama seperti manusia yang lain. Ada ketikanya gembira, ketawa, sedih dan juga saat aku menangis. Tapi sudah sifat semulajadiku lebih suka memendam. Biarku menangis bersama hujan yang lalu membasahi bumi agar kelak tiada siapa yang tahu luka dihati. Gundah di dalam hati biarlah aku simpan sendiri. Tersimpan termaktub dalam diari hidupku.hatiku yang kosong seumpama kegelapan di satu lorong yang tiada penghujungnya. Bahaya menanti jika aku tidak mencari sinar cahaya menerangi kegelapan ini. Namun rasa kosong ini tidak semestinya diisi dengan teman hati bernama gadis. Kerana ada yang lebih baik telah lama sedia disisiku iaitu Allah tuhan semesta alam dan Al-Quran pegangan hidup sepanjang zaman. Allah yang Maha Mengetahui segala kesunyian hatiku dan Al-Quran pengubat segala kesunyian hati ini..Bicara sunyi hati ini bukanlah kerana dari pandangan manusia yang sering meneliti, tetapi dalam pencarian mencari kebahagiaan yang hakiki. Kadang-kadang timbul keraguan di hati dalam pencarian ini. Namun jika benar itu telah tersurat secara hakiki, maka pasti akan aku hargai sepenuh hati...setiap yang dilakukan biarlah ikhlas keranaNYA. Biarlah beribu mata memandang serong, kerana pengukur keikhlasan kita denganNYA bukanlah pada pandangan manusia. Aku akan terus tabah dan tersenyum menghadapi segala dugaan kehidupan kerana aku ada MU sentiasa disisiku YA ALLAH Yang Maha Pengasih dan Penyayang..



p/s : love u cik tunang...moga kite cepat disatukan hendak nye...ABG SYG AYG..!

No comments:

Post a Comment