Friday, August 10, 2012

Romantik kah kite???

Assalamualaikum dan salam sejahtera,fuhh dah lama x update blog cik tunang..hahaha sampai mrh dye kt en tunang nye nie......nk cite ckit pasal R0MANTIK OR ROMANTIS
Ramai wanita makan hati bila pasangan mereka kurang menunjukkan sikap romantisnya lebih-lebih lagi bila sudah berumah tangga. Sebenarnya jika ikut logik akal wanita memang punyai nafsu 9 berbanding lelaki yang cuma ada 1 nafsu dan akalnya 9. Kerana fitrah itulah lelaki ni diberi penghormatan untuk menjadi ketua dalam menguruskan kehidupan keluarga dan tugasan seharian juga.
Lelaki ni perlu banyak berfikir memandangkan tugas dan tanggung jawab mereka berat. Sebab itulah kadang kala kita tengok muka mereka sentiasa berkerut dan serius serta lengan asik di dahi sahaja. entah apa yang difikirkan kita pun tak tau kan? Ramai sedih, kecewa dan merajuk tapi kita perlu faham itu adalah lumrah hidup.
Sebagai wanita yang memang fitrahnya penyayang tak salah kita tunjukkan kasih sayang kita pada pasangan walau si dia kurang melahirkan kata-kata romantis pada kita. Lelaki ni mungkin sebab ada halkum, 10 perkataan nak dikeluarkan 2 saja yang terluah. Tak luah kata sayang tak bermakna mereka tak sayang. Tak luah kata rindu bukan bererti mereka tak merindui kita. Moga dengan artikel ini dapat menjawab serba sedikit persoalan yang sentiasa bermain di minda wanita mengapa lelaki tak romantis.
Moga hubungan kita bersama pasangan akan terus harmoni dan aman damai..amin.

P/S : SYE SYG TUNANG SYE NURHIDAYAH ALBIAN...JGN MRH KLU SYE X ROMANTIK TAU...TP KDG2 SYE ROMANTIK JGK KN....




No comments:

Post a Comment