Thursday, May 12, 2016

Nak Beli kereta terpakai atau Kereta Baru ?

Assalamualaikum..

saya nak beli kereta,,

tapi saya tak tahu nak beli kereta baru atau terpakai..

saya keliru..

itu yang terjadi pada saya...

Okay macam ni..based on my experience
kereta gen2 saya dah pun abis bayar awal tahun itu hari
and then mane la tahu.. habis je bayar terus asyik rosak..
ngengade kan..
sebenarnye  memang ade plan nak beli  kereta baru..
tapi bukan la sekarang
mungkin mase depan..bile dah dapat adik nadiem..
hahha...
tapi di sebabkan asyik rosak je..
kami pun decide nak beli kereta..

tapi tak tahu nak kereta baru atau terpakai..
so saya pun bagitahu husband..

saya nak kereta mpv with monthly not more than 600 above.
yes.. saya tetapkan mcm tu..
saya tak kisah baru atau 2nd hand..

normally memang saya merancang dan dia yang bertindak..
Atcually kereta idaman saya honda and toyota
tapi atas kriteria pilihan saya.. maka kami abaikan kereta idaman

so after that we decide kereta alza.

pencarian bermula..

kami start dengan kereta 2nd,
kenapa kami cari kereta 2nd?

sebabnya atas dasar kereta bukan la aset. harga kereta cepat jatuh year by year

stepnya :

1. survey kereta di mudah - fyi. kereta dalam mudah adalah harga kereta saje/ bukan harga OTR (on the road) . maksud OTR ialah include caj insurans,tukar name geran,puspakom etc.

2. then listkan and set date untuk tengok kereta - kalau ade membe pomen..bawak la sekali.. boleh sekali check je..

3. kalau dah jumpe yang berkenan - harga pun okay. confirm. bagi duit booking. ade certain used car, duit booking burn kalau kite nak cancel. So please check with the salesman. if they say refund..please make sure they state on the receipt. So confirm la duit kite tak burn. Tapi ade certain used car dia nak RM500 as a booking fees. If bile dah masuk bank, bank reject, kite cancel.. burn 200. balance dia akan pulangkan pada kite..So be carefull.. make sure part ni jangan lalai.

4.. Harga and interest - part paling penting. melibatkan pembayaran bulanan kite. Mintak less sebanyak yang mungkin. sebelum kita datang confirm kita dah tahu harga market kereta tu. selalunye kalau harga kereta dia bagi 42k. kite boleh tawar lagi. so bile dah deal harga, check plak interest.
untuk pengetahuan uolls, interest untuk kereta terpakai adalah sangat tinggi. 4.0% and above.
So , apa la guna harga rendah tapi interest tinggi kan...macam kes saya kereta ALza, Tahun 2010, monthly lebih kurang RM540. deposit RM 3000.00

5. dokumen - lps bayar booking fees. submit dokumen di bank, bank akan check semua details kita. macam kes saya. loan tak lepas sbb saya as gourantor ade ccris PTPTN. So bile dah jadi macam ni saya and husband decide untuk cancel order. so burn la duit kami sebanyak RM 200. Nak buat macam mana kan.. tak rugi ke?.. of kos la ade rugi sikit. Tapi ade sbb kami cancel kan. Bukan PTPTN saja yang mempengaruhi faktor kami cancel kereta 2nd ni. ada sebab lain.,,


selepas kami submit dokumen dgn use car ni. dalam masa yang sama kami juga nak buat comparison dengan ALZA baru.

so bermula pencarian kereta baru pulak

1. showroom - pergi showroom mane2 yang berdekatan, konon2 servey harga la kan.. kalau tak nak pergi, boleh check kat FB.. bersepah agent produa ni.. Bagi saya, more prefer face to face.. senang nak trace penipuan..

2. booking fees - Fyi, untuk kereta baru tiada booking fees ye. loan lepas baru bayar deposit kereta. jangan salah faham. deposit and booking is the different payments. So untuk kereta baru tiada booking fees. Once bank luluskan loan, agent dah boleh proceed register kereta.

3. harga & interest. - harga untuk kereta memang dah fix seperti yang ada dalam laman web perodua. yang bezenya adalah rebate.Interest plak rendah dari kereta 2nd hand. Below 4.0%. antara 3.5% - 3.7%. Bergantung pada bank. Interest paling rendah bank rakyat. Tapi syarat sangat ketat. Gaji mesti 2.5k and x boleh gune guarantor. Tak silap saya. Husband yang bgtahu. U can check by own.

4. Rebate & Gift - So kalau nak beli kereta tunggu rebate yang banyak. Macam kes saya, bulan april rebate alza hanya RM800 tapi disebabkan nak setlekan PTPTN jadi makan masa yang lama. Masuk bulan May rebate dah lain. Rebate jadi RM1100.00.. Waouuuu,,, untung la saya kan..
dah la rebate besar dapat gift lagi. Gift plak kteorang mmg balun betul2.. haha.. kteorang mintak smarttag,petrol full, tinted,charger usb,stereng lock, lagi ape ntah. tak ingat. sales girl tu mcm ok jer.. hahha..

5.Dokumen - macam yang standard. Bagi yang ada ccris macam saya tambah lagi 2 dokumen. iaitu surat pengesahan bayaran balik pinjaman and surat perjanjian ujrah yang baru. Dokumen complete. Then submit la kat bank.

So....Compare la antara kereta 2nd and kereta baru..

We all decide kereta baru.SEBAB ?

1. kereta 2nd - tahun 2010 -monthly 540
    kereta baru - tahun 2016 - monthly 600

beza RM 60.00 saje untuk kereta yang dah 6 tahun. berbaloi ke kalau kami ambil 2nd.

2. kereta 2nd interest - 4.0 % above
    kereta baru  - 3.5% - 3.7%

kereta baru interest rendah

3. Kereta 2nd - condition tak boleh nak tahu condition engine macam mane.. boleh tahan lagi berapa tahun ? - no warranty -
kereta baru - condition baru - under waranty

So...fikir-fikirkan la..

oh lagi satu.. bagi saya andai kata nak beli kereta 2nd i prefer you all beli kereta import and beli cash. lagi berbaloi,..

sekian dari pengalaman saya. Pendapat orang berbeza. so terpulang..














8 comments:

  1. �� PERODUA PROMOTION ��
    Until 30 Sep 2016
    *AXIA*
    Perodua Axia 1.0 G - RM35,527.15
    Perodua Axia 1.0 SE -RM40,037.15
    Perodua Axia 1.0 ADV-RM42,377.50
    •______________________________________•
    *BEZZA*
    Perodua Bezza 1.0 G -RM39,300
    Perodua Bezza 1.3 X -RM44,800
    Perodua Bezza 1.3 AV-RM50,800
    •______________________________________•
    *MYVI*
    Perodua Myvi 1.5 SE - RM53368.50
    (DISCount RM 3800)
    Perodua Myvi 1.5 AV - RM56,578.00
    (DISCount RM1900)
    Perodua Myvi 1.5 AV - RM56,978.00
    (NEW MYVI 2 TONE)
    (DISCount RM1900)
    •______________________________________•
    *ALZA*
    Perodua Alza 1.5 S - RM55,832.00
    (DIScount RM1700)
    Perodua Alza 1.5 SE - RM59,832.00
    Perodua Alza 1.5 AV - RM65,432.00
    (DISCount RM1000)

    ReplyDelete
  2. Nanti nak cari tayar lain kali, cuba website https://mytayar.com

    Ada banyak kedai di kawasan Lembah Klang, Johor Bharu, Ipoh, Seremban dan Pulau Pinang yang feed harga kat website. Harga yang dipaparkan termasuk GST, tayar dan lain2 seperti yang dinyatakan mengikut kategori. Tiada ruang akan ditipu dengan kedai sebab semua terms + conditions dah dijelaskan di website. 

    Anda hanya perlu masukkan spec tayar terus ke website. Website akan menunjukkan info mengenai offer dari Network Workshops kami. Anda boleh pilih apa yang penting untuk anda samada harga, lokasi, jenama atau model tayar. 

    Kita akan pantau kedai supaya mereka tak menipu customer website. Anda hanya perlu bayar 5% deposit online. Lepas tu website akan hantar email info mana nak pergi. Balance 95% bayar terus kat kedai bila kerja dah siap.

    Cara jimat, mudah dan telus untuk membeli tayar.

    ReplyDelete
  3. Nanti nak cari tayar lain kali, cuba website https://mytayar.com

    Ada banyak kedai di kawasan Lembah Klang, Johor Bharu, Ipoh, Seremban dan Pulau Pinang yang feed harga kat website. Harga yang dipaparkan termasuk GST, tayar dan lain2 seperti yang dinyatakan mengikut kategori. Tiada ruang akan ditipu dengan kedai sebab semua terms + conditions dah dijelaskan di website. 

    Anda hanya perlu masukkan spec tayar terus ke website. Website akan menunjukkan info mengenai offer dari Network Workshops kami. Anda boleh pilih apa yang penting untuk anda samada harga, lokasi, jenama atau model tayar. 

    Kita akan pantau kedai supaya mereka tak menipu customer website. Anda hanya perlu bayar 5% deposit online. Lepas tu website akan hantar email info mana nak pergi. Balance 95% bayar terus kat kedai bila kerja dah siap.

    Cara jimat, mudah dan telus untuk membeli tayar.

    ReplyDelete
  4. Thank You for such amazing information. This is one of the best sites which provide all the details of related topics.
    Examhelpline.in

    ReplyDelete
  5. Thanks for sharing such great information. This is one of the best sites which provide all the details of relevance to topics.
    careinfo.in

    ReplyDelete
  6. Thank you for giving us such kind of information. This is one of the best sites having all the informatics details.
    carebaba.com

    ReplyDelete
  7. BETUL TU KAK, BAIK BELI BARU JE DARI BELI KERETA SECOND SEKARANG SEBAB BAYARAN BULANAN SAME JE.. SILAP2 LAGI TINGGI SBB INTEREST TINGGI LOAN XLEH LEBIH 7 TAHUN. MANIPULATE HARGA, CONDITION KERETA TAK JAMIN, XLEH BUAT INSURAN,

    ReplyDelete
  8. Thanks for such kind of best details. Really this is very amazing information.
    Examhelpline.in

    ReplyDelete